screen 1

Kami mereka Lanskap tercantik!

Kami adalah pereka taman lanskap yang diiktiraf.
Kembalikan sinar kehijauan dan keindahan alam di tempat anda.

 

view sign

Selamat Datang Ke Laman Rasmi Kami!

Janji Mutiara adalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang diperbadankan pada 20hb Oktober 1999 dengan misi untuk berkembang dan memberi servis yang terbaik untuk klien. Untuk mencapai misi ini, kami memberi keutamaan ke atas kualiti yang maksimum dan sebuah pendekatan profesional kepada setiap projek kami. Falsafah korporat kami adalah berdasarkan pengetahuan bahawa kami perlu memuaskan kehendak klien semaksima yang mungkin. Kami berusaha berterusan untuk merperbaiki kecekapan dan menggunakan sebaik mungkin sumber manusia yang ada serta pengalaman, pengetahuan dan teknologi terkini supaya semua projek kami berjaya dilengkapi.

Kami mempunyai pelan yang luas dalam perniagaan dan bercadang untuk terlibat secara aktif dalam setiap peluang perniagaan yang wujud. Dengan sokongan pengasas syarikat ini yang beriltizam, layak dan berpengalaman serta staf yang berdedikasi, kami pada mulanya menetapkan matlamat kami untuk turut serta secara aktif dalam pembinaan industri, kerja-kerja membersih, landskap, kerja-kerja penyelenggaraan, kerja-kerja kejuruteraan logam, peralatan keselamatan, papan tanda keselamatan jalanraya, penghawa-dingin serta alat-alat tulis dan semua jenis peralatan kelengkapan pejabat.

Sejak pembentukan itu, Pengusahaan Janji Mutiara telah melengkapkan pelbagai pembinaan, penyelenggaraan, kerja-kerja pembersihan dan semua bidang kerja yang kami ceburi. Ia telah berjaya menghasilkan reputasi yang tinggi dalam menjadi sebuah syarikat yang dipercayai tinggi oleh semua klien-klien kami dalam pelbagai sektor.


Falsafah Kami

Falsafah kami adalah untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan hasil kerja yang berkualiti tinggi secara berterusan pada kadar yang berpatutan. Untuk itu, nilai teras kami adalah untuk:

Menyediakan perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang kompetitif.
Memuaskan hati pelanggan dengan menjamin perniagaan yang berterusan pada masa hadapan.
Bertindak profesionalisma, berintegriti, jujur dan bersikap adil dengan semua klien dan pembekal kami.

Misi & Visi

"Misi kami ialan untuk mempertingkatkan prestasi dan kualiti kerja, dengan kelebihan tenaga kerja yang mahir dan dinamik yang berkemampuan untuk bersaing dikalangan pesaing pesaing kami berlandaskan dengan jenis perniagaan kami jalankan".

"Visi kami adalah untuk menjadi salah satu diantara syarikat berstatus Bumiputera yang cemerlang di Malaysia menjelang tahun 2020".

Moto Syarikat

"Kecemerlangan melalui gandingan strategik."

 

Pengalaman & Projek Semasa!

01/05/2014
Perkhidmatan pembersihan bangunan dan penyelenggaraan landskap di pangsapuri Serina Bay,P. Pinang untuk Badan Pengurusan Bersama Serina.

16/02/2011
Perkhidmatan membersih bangunan dan pejabat di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pulau Pinang unuk Kastam.

27/03/2014
Cadangan sistem perpaipan (luaran) bekalan air bersih PBA di dalam kawasan Taman Rimba, Teluk Bahanng, Pulau Pinang untuk JKR.

01/03/2014
Menaiktaraf pejabat Telekom tingkat 3 Jalan Burma, Pulau Pinang untuk Telekom Malaysia.

27/02/2014
Menaiktaraf tandas lelaki dan perempuan di tingkat 4, Bangunan Mutiara I&P untuk PNB Commercial.

01/02/2014
Perkhidmatan mencuci dan membersih bangunan Desasiswa Cahaya Gemilang untuk USM.

01/11/2013
Perkhidmatan Housekeeping di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) P.Pinang untuk Jabatan Perdana Menteri.

01/11/2013
Pembersihan pejabat PBAPP di tingkat 4, Komtar, Pulau Pinang untuk PBAPP.

01/04/2013
Pembersihan pejabat PBAPP UKP Bayan Baru, Pulau Pinang untuk PBAPP.

01/06/2013
Perkhidmatan pembersihan sampah sarap di Taman Botani, Pulau Pinang, untuk Jabatan Taman Botani .

10/08/2012
Kerja-kerja pembaikan tangki air majestic height daerah timur laut p.pinang untuk PBAPP.

01/08/2012
Perkhidmatan pembersihan pejabat dan penyelenggaraan landskap di kompleks PBAPP padang tembak,P.Pinang untuk PBAPP.

11/01/2012
Pemotongan rumput, rumpai, semak, tumbuhan liar dan lain lain kerja berkaitan di sepanjang Jalan Tun Dr.Lim Chong Eu sehingga ke sempadan JKR daerah Timur Laut P. Pinang untuk JKR.

25/11/2011
Perkhidmatan kebersihan kawasan di Tapak Pesta sempena Pesta Pulau Pinang 2011 untuk Jabatan kewangan Negeri P. Pinang.

01/06/2011
Pengurusan dan penyelenggaraan Kompleks Masyarakat Penyayang untuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri P. Pinang.

16/05/2011
Perkhidmatan pembersihan dan penyelengaraan di Balai Rakyat Taman Tun Sardon, Pulau Pinang untuk MPPP.

01/04/2011
Perkhidmatan pencucian Stesen Keretapi Bawah, Tengah dan Atas di Bukit Bendera Pulau Pinang untuk Perbadanan Bukit Bendera P.Pinang.

01/03/2011
Pengendalian tempat letak kereta MPPP di kawasan Gurney Drive, Pulau Pinang.

16/02/2011
Membekal isi ulang bagi alat pemadam api untuk JPS.

15/01/2011
Perkhidmatan penyelenggaraan lanskap & pemotongan rumput di kawasan Taman Jajar, Pulau Pinang untuk MPPP.

01/01/2011
Perkhidmatan pembersihan di UKP Bayan Baru PBAPP.

28/11/2010
Perkhidmatan kebersihan kawasan di Tapak Pesta sempena Pesta Pulau Pinang 2010 untuk JKN.

25/11/2010
Perkhidmatan pembersihan kawasan di Tempat Letak Kereta "B" Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang untuk JKN.

15/11/2010
Membekal dan memasang 2 set Roller Shutter bermotor untuk Alam Langkawi Sdn. Bhd.

01/09/2010
Perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan di Balai Rakyat Teluk Bahang, Pulau Pinang, untuk MPPP.

10/08/2010
Membekal kerusi Juruteknik dan Kerani untuk Jabatan Perancangan Pembangunan.

05/08/2010
Membekal alatganti dan peralatan tangan untuk Taman Permainan kanak-kanak MPPP.

12/07/2010
Penyelenggaraan rumput,memotong dan membersih tanah lapang (rumah PPRT, Jalan Zainal Abidin) untuk PSUKPP.

15/03/2010
Kerja-kerja tambahan memasang litar elektrik untuk lampu, kipas, penghawa dingan dan sebagainya untuk Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

27/01/2010
Kerja-kerja memotong, menghias serta membersih dan membuang pokok-pokok di PBA Padang Tembak, Pulau Pinang.

12/01/2010
Kerja-kerja membersih dan mecuci bangunan di PBA Padang Tembak, Pulau Pinang.

04/01/2010
Membekal dan memasang operator sekatan dan rantai penutup bagi pengulung pintu di PBA Bukit Dumbar, Pulau Pinang.

23/12/2009
Pengubahsuaian paip pengaliran keluar kumbahan di tandas AITC, Dam PBA Air Itam, Pulau Pinang.

03/12/2009
Kerja-kerja memasang penebat bunyi untuk roller shutter di pejabat pentadbiran PBA / IT Stor, Komtar Penang.

01/12/2009
Kerja-kerja memasang pintu papan lapis dengan kemasan kunci serta cermin di pejabat pentadbiran PBA / IT Stor, Komtar, Pulau Pinang.

18/11/2009
Kerja-kerja pembersihan pasir dan gris di tangki Indah Water, Bayan Baru, Pulau Pinang

20/10/2009
Kerja-kerja membaiki pam dan menukar penutup kolam di banglo AITC untuk PBA Holdings Berhad.

29/09/2009
Membina makmal tambahan di bangunan E40 untuk pusat pengajian perumahan, bangunan dan perancangan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

01/01/2009
Perkhidmatan penyelenggaraan pejabat PBA Holdings Berhad, tingkat 4, unit 32 & 33, Komtar, Pulau Pinang.

01/04/2007
Pemotongan rumput, pembersihan tanah lapang dan bahu jalan di kawasan Sungai Pinang dan Pengkalan Weld.